fbpx

Suami isteri dihadapkan ke mahkamah tipu pakej umrah

Banyak kes-kes penipuan pakej umrah berleluasa masa kini. 

TEMERLOH 2 Ogos – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan iaitu masing-masing menipu dan bersuhabat dalam menawarkan pakej umrah melibatkan kerugian sebanyak RM53,224 pada Mei hingga Julai tahun lalu.

Tertuduh, Ishak Abu Hassan, 40, dan Elmirushuda Amerudi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di depan Penolong Kanan Pendaftar, Tei Pei Si.

 Ishak dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, Ishak dan isterinya didakwa melakukan semua perbuatan tersebut pada Mei hingga Julai 2017 di Balai Raya Felda Lakum dan Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum, Lanchang di sini.

Bakal jemaah di ingatkan untuk berhati-hati apabila membeli pakej umrah. Hanya beli dari agensi yang berdaftar sahaja.
Dapatkan Pakej Umrah dari Travel Agensi Berlesen
Comments are closed.