fbpx

Pakej Umrah

MENGAPA DHUHA?

Pengasas Dhuha, Capt Haji Shukor mempunyai pengalaman meluas iaitu 40 tahun di dalam industri pelancongan dan umrah di tanah suci.

Berdaftar Lesen Khas Umrah (LKU)

Jemaah tidak perlu khuatir kerana kami adalah syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (No LKU 0058)

Mutawif Berpengalaman

Mutawif (tour leader) kami hanyalah yang berpengalaman dan telah mengikuti kursus khas Mutawif bagi menjamin kualiti servis dari Malaysia ke Tanah Suci

"Keselesaan anda, kepuasan kami"

Memastikan semua jemaah selesa dan selamat sepanjang mengerjakan Umrah. Kami sedia membantu bagi semua jemaah

Pakej Umrah

Nikmati full guided oleh Mutawif untuk 3 kali Umrah, penginapan yang selesa dan juga makanan yang enak. Mari sama-sama mengerjakan umrah bersama Dhuha hari ini.

umrah musim cuti sekolah
Pakej GOLD

Umrah Flashpacker

Umrah selesa dan ekonomi buat semua jemaah

LIHAT PAKEJ
Pakej Umrah Murah
Umrah Ekonomi

Umrah Backpacker

Bagi jemaah yang mempunyai bajet dan ingin mengerjakan umrah

LIHAT PAKEJ
pakej umrah
Pakej Umrah Platinum

Umrah Luxe

Hotel sangat dekat dan selesa pada harga yang terbaik

LIHAT PAKEJ
Pakej Umrah 2019 new
Dhuha X Selebriti

Dhuha X Selebriti

Mengerjakan ibadan umrah bersama selebriti kegemaran anda

LIHAT PAKEJ
TEMPAH SEKARANG

Apa yang TERMASUK?

Semua Pakej kami adalah FULLBOARD dan jemaah tidak perlu risau dan serahkan segala urusan persediaan umrah anda melada kami. Nikmati full guided tour oleh Mutawif untuk 3 kali Umrah, penginapan yang selesa dan juga makanan yang enak. Mari sama-sama mengerjakan umrah bersama Dhuha hari ini.

Fullboard

Tiada caj tambahan. Semua pakej berkumpulan kami adalah full board dan jemaah hanya perlu membawa diri dan kelengkapan peribadi sahara untuk mengerjakan umrah

Kursus Umrah Percuma

Kursus Umrah pada hujung minggu diadakan secara percuma bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah bersama Dhuha

Penginapan Selesa

Pada harga ekonomi, penginapan yang digunakan adalah selesa. Jemaah akan bermalam selama 6 malam di Mekah dan 4 malam di Madinah.

Pengangkutan Bas Berkualiti

Bas yang digunakan adalah bas berhawa dingin dan mempunyai fasiliti PA sistem bagi Mutawif, USB charger dan lain-lain lagi

Makanan

Makanan 3 kali sehari secara jamuan buffet / packed ekonomi yang enak

Insurans & Medical Card

Pelindungan insurans bagi jemaah akibat kematian, kecelakaan semasa mengerjakan Umrah. Kami juga menawarkan Medical Card bagi jemaah pakej luxe untuk keselesaan yang maksima

TEMPAH SEKARANG

ITINERARI PERJALANAN

12 hari 10 malam

Hari 1: KLIA-MED
Jemaah berkumpul di KLIA 4 jam sebelum masa bertolak, dan kemudiannya terbang ke Madinah. Selepas urusan imigresen, meneruskan perjalanan ke Hotel Madinah. Tiba di hotel, Jemaah akan mendaftar masuk hotel dan berehat.
Hari 2: Madinah
Program ziarah sekitar lokasi bersejarah bandar Madinah seperti ke Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan akhir sekali di Ladang Tamar atau Pasar Tamar. Acara bebas.
Hari 3: Madinah
Acara bebas. Jemaah beribadah bersendirian atau dibantu oleh Mutawwif. Solat jumaat di Masjid Nabawi.
Hari 4: Madinah
Jemaah dibawa menziarahi Raudhah dan Maqam Nabi di dalam Masjid Nabawi dan perkuburan Baqi’.
Hari 5: Madinah - Mekah (Umrah 1)
Ziarah selamat tinggal ke Maqam Rasulullah SAW sebelum daftar keluar hotel. Jemaah akan berangkat ke Mekah dengan menaiki bas. Setibanya di Mekah, Jemaah terus mendaftar masuk hotel. Jemaah akan dibimbing untuk mengerjakan umrah 1.
Hari 6: Mekah
Acara bebas. Jemaah beribadah bersendirian atau dibantu oleh Mutawwif.
Hari 7: Mekah (Umrah ke-2)
Program ziarah ke sekitar lokasi mengerjakan ibadat Haji iaitu ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum ke Miqat Jaaranah untuk berniat umrah 2. Jemaah turut berkesempatan melawat Bukit Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Jabal Nur. Selepas itu, kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan umrah ke 2.
Hari 8: Mekah
Acara bebas. Jemaah beribadah bersendirian atau dibantu oleh Mutawwif.
Hari 9: Mekah (Umrah ke-3)
Program ziarah kedua, Jemaah dibawa ke Muzium Dua Tanah Haram (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa) seterusnya ke kandang unta. Kemudian Jemaah dibawa ke Miqat Hudaibiyah untuk Umrah 3.
Hari 10: Mekah
Acara bebas. Jemaah beribadah bersendirian atau dibantu oleh Mutawwif.
Hari 11: JED - KUL
Daftar keluar hotel dan mengerjakan Tawaf Wida’. Seterusnya Jemaah dibawa ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah untuk penerbangan pulang. Selepas urusan imigresen, bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
Hari 12 : Kuala Lumpur
Dijangka tiba di KLIA bersama kenangan manis di Tanah Suci.
  • Aturcara tertakluk kepada Lapangan terbang ketibaan atau berangkat (Madinah/Jeddah). Jemaah akan berniat ihram di Miqat Dzulhulaifah (Bir Ali) iaitu ketika perjalanan ke Mekah (Jika mendarat di Madinah) atau berniat di Miqat Qarnul Manazil (jika mendarat di Jeddah). Sila pastikan anda bersedia dengan pakaian ihram dan berniat umrah apabila diumumkan (rujuk Mutawwif bertugas untuk bimbingan).

  • Aturcara ini tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.

TEMPAH SEKARANG