fbpx

SOALAN LAZIM

Persediaan

Berikut kami rumuskan 5 langkah mudah & selesa mengerjakan umrah bersama Dhuha

Visa Umrah

Untuk mengerjakan umrah di tanah suci, anda memerlukan visa. Kami boleh membantu anda dalam hal berikut

Keselamatan

Semua jemaah yang membeli pakej berkumpulan bersama Dhuha akan mempunyai insurans berkumpulan bagi kemalangan dan kematian semasa mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Arab

Persediaan

5 Langkah Mudah dan Selesa Umrah bersama DHUHA

Kami mempunyai 3 gaya umrah iaitu umrah backpacker (pakej umrah ekonomi), umrah flashpacker (pakej umrah gold), dan umrah luxe (pakej umrah platinum)

Sama ada ingin pergi musim cuaca sejuk, cuti sekolah dan sebagainya, kami mempunyai pakej umrah perlepasan setiap bulan untuk memudahkan para jamaah memilih tarikh yang bersesuaian dengan jadual anda.

Pembayaran deposit serendah RM350 untuk pakej umrah backpacker. 

Bayaran selebihnya boleh dibayar secara ansuran melalui program ansuran bulanan kami iaitu FLEXI UMRAH.

Sila rujuk kepada bahagian visa untuk dokumen yang diperlukan.

Kursus Umrah

  • Menghadiri kursus Umrah bersama Dhuha untuk mendapatkan pengetahuan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kursus umrah kami kebiasaan dari jam 9 pagi hingga 1 petang pada hujung mingau.
  • Jemaah dinasihatkan untuk menghadiri Kursus Umrah sebulan sebelum tarikh penerbangan.

Keterangan lanjut mengenai waktu dan tarikh berkumpul di Lapangan Terbang akan dimaklumkan kepada setiap Jemaah.

Visa Umrah

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi Jemaah warganegara Malaysia untuk mengerjakan umrah. Bagi Warganegara lain, sila hubungi kami untuk mengetahui dokumen yang diperlukan untuk memproses visa umrah anda.

Passport tamat tempoh hendaklah tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan DAN sekurang-kurangnya 6 muka surat kosong

Saiz gambar 4 X 6 cm, berlatarkan warna putih, wanita wajib memakai tudung warna gelap, lelaki pula tidak boleh menutup kepala

Jemaah di kehendaki mengambil suntikan meningitis di klinik atau hospital berdekatan (atas kos sendiri).

Bagi jemaah yang mengandung, tidak perlu mengambil suntikan dan hanya perlu melampirkan surat doktor yang menyatakan status mengandung dan tidak digalakkan mengambil suntikan tersebut.

Wanita berumur 45 tahun 6 bulan ke atas dan lelaki berumur di bawah 18 tahun WAJIB memberi dokumen sokongan membuktikan pertalian mahram. Di bawah terdapat dokuman sokongan yang diperlukan bergantung kepada situasi dan hubungan mahram itu.

Ada pertanyaan?

Dhuha sedia membantu