fbpx

Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT AM

1.0 WANG PENDAHALUAN (DEPOSIT)

1.1 Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak rm500 (bukan cuti  sekolah) dan RM1000 ( musim cuti sekolah). Setiap Jemaah hendaklah membayar bayaran penuh dan dijelaskan 60 hari sebelum tarikh berlepas.

1.2 Sila bayar terus ke akaun

DOODLE TRIP SDN BHD

MAYBANK:  5641 7350 7228

1.3 Whatsapp Slip Pembayaran ke 0183127987 / 01160648696 atau email ke [email protected]

 

2.0 PEMBATALAN PAKEJ

2.1 Permohonan pembatalan  tertakluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Pelancongan 1992 seperti berikut :

Perkara 3.2.1:

Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran sebanyak rm50 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan

Perkara 3.2.2

  • 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas – pelucutan deposit penerbangan
  • 15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas – 35% daripada tambang pelancongan
  • 08-04 hari bekerja sebelum tarikh berlepas – 50% daripada tambang pelancongan
  • 03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas – 75% daripada tambang pelancongan
  • 02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas – 100% daripada tambang pelancongan

 

2.2 Caj Tambahan jika perlu :

2.2.1 Bayaran visa penuh, sekiranya bayaran visa telah dibuat

2.2.2 Bayaran RM200 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna

 

3.0 PERMOHONAN VISA UMRAH

3.1 Adalah menjadi tanggungjawab Jemaah untuk memastikan bahawa Jemaah mempunyai passport atarabangsa yang masih boleh digunakan. Pihak DHUHA.MY tidak boleh dipersalahkan jika permohonan visa tidak diluluskan oleh Pihak Kedutaan Arab Saudi.

3.2 Para Jemaah perlu menyediakan Dokumen 1.2.3 & Dokumen tambahan mengikut keperluan

  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 6 x 4cm berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki tak bersongkok / wanita : bertudung )
  3. Buku / Surat suntikan meningitis ACYW135
  4. Dokumen Tambahan sila rujuk pada DHUHA.MY

Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke Pejabat Dhuha.My 45 hari sebelum hari penerbangan. ( Bagi pakej Ramadhan 45 hari sebelum 1 Ramadhan)

Pastikan Salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama

Pastikan Salinan Sijil Lahir telah disahkan Pejabat Pendaftaran Negara

 

4.0 KURSUS UMRAH

4.1 Kursus Umrah akan diadakan pada masa tertentu. Sila hubungi pihak Dhuha.My untuk mengetahui tarikhnya. Kursus ini adalah percuma

 

5.0 TANGGUNGJAWAB

5.1 Semasa di tanah suci, Dhuha.My bertanggungjawab menyediakan segala keperluan yang termasuk dalam harga pakej

5.2 Pihak Dhuha.my berhak meminda mana- mana perkara yang terkandung di dalam pakej ini di atas sebab- sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan tanpa notis.

5.3 Dhuha.My berhak menukar atucara perjalanan tanpa notis kepada peserta. Sekiranya perlu, Dhuha.My berhak membatalkan acara rombongan.

5.4 Harga semua pakej di dalam web ini adalah mengikt nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang

      berkaitan, harga pakej Dhuha.My boleh berubah mengikut kadar nilaan MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut.

5.5 Jadual penerbangan harga pakej, tempat penginapan dan aturcara tertakhluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis.

5.6 Segala aduan berkaitan acara rombongan hendaklah ditulis secara rasmi, dan Jemaah perlu email kepada [email protected]

 

6.0 ELAUN BAGASI

 

PENERBANGAN

ELAUN BAGASI

AIR

ZAM-ZAM

SURCAJ LEBIHAN

KOD

NAMA PESAWAT

BAGASI

(piece)

BERAT (KG)

PENERBANGAN TERUS (DIRECT)

MH

MALAYSIA AIRLINE

(SEWA KHAS)

30kg

5L

 

EX KUL RM270 per kg

EX JED/MED SR300 per kg

SV

SAUDI AIRLINE

2 pieces

(23kg/piece)

5L

USD 130

Max 23kg/pc

USD 60/kg (max 32kg)

D7

AIRASIA X

20kg (KUL)/ 30kg (JED & MED)

5L

RUJUK KAUNTER CHECK IN AIRASIA

 

7.0 PENGAKUAN PEMOHON

7.1 Bahawa saya mematuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh DHUHA.MY dari semasa ke semasa

7.2 Sekiranya saya membatalkan pendaftaran saya tanpa sebab-sebab yang munasabah, setelah gagal urusan pembayaran serta penginapan saya selesai dibuat, saya bersetuju dikenakan gantirugi ke atas saya mengikut kadar yang ditetapkan oleh DHUHA.MY

7.3 Bahawa saya bersetuju tidak menuntut sebarang perbelanjaan tambahan hospital sekiranya melebihi had yang ditetapkan.

7.4 Bahawa saya bersetuju menanggung sebarang perbelanjaan tambahan hospital sekiranya melebihi had yang ditetapkan

7.5 Bahawa saya bersetuju dan berjanji tidak akan mengambil sebarang tuntutan dan pampasan ganti rugi ke atas perkara yang berlaku disebabkan kelewatan, kehilangan, kebakaran dan atau apa jua jenis bencana alam, banjir, ribut, gempa bumi, rusuhan, peperangan dan seumpanya yang dialami dalam masa perjalanan pergi dan balik sama ada melibatkan kecederaan tubuh badan atau harta benda saya.

7.6 Bahawa Saya bersetuju pihak Dhuha mempunyai hak untuk menyediakan servis mutawif dari Arab Saudi jika satu kumpulan jemaah kurang dari 20 orang jemaah.

7.7 Saya bersetuju ditukarkan ke penginapan yang lain setaraf dengan kadar harga samada di Madinah / Mekah sekiranya penginapan asal yang ditempah telah penuh atau tidak mencukupi.

7.8.Saya faham dan bersetuju bahawa semua harga yang diiklankan tertakhluk kepada perubahan dari pihak penerbangan dan penginapan mengikut hari biasa, musim cuti sekolah, bulan Ramadhan serta pertukaran mata wang asing tanpa notis.

7.9 Saya faham menjadi satu kesalahan dibawah peraturan kerajaan Arab Saudi jumlah hari Visa umrah yang ditetapkan kepada saya tidak boleh dilanjutkan untuk tinggal dan seterusnya ke musim haji.

7.10 Jika saya sakit atau berlaku sebarang kejadian di Arab Saudi di mana saya tidak pulang pada tarikh yang ditetapkan maka segala kos yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh saya.

7.11 Saya juga faham bahawa kehilangan bagasi dalam perjalanan bukan dibawah tanggungjawab DOODLE TRIP SDN BHD

7.12 Syarikat berhak menggunakan segala gambar, video, data, testimoni dan bahan lain mengenai jemaah yang diambil sebagai bahan pemasaran syarikat

TERMA DAN SYARAT JAMINAN HARGA TERBAIK

Jika anda menempah Pakej Umrah secara talian di laman Dhuha.my atau online whatsapp di aplikasi mudah alih dan dalam masa 24 jam, anda menemui tawaran lain yang sama di laman web lain untuk hotel dan jarak yang sama dengan kategori bilik yang sama atau tawaran lain yang termasuk, menawarkan harga yang lebih rendah (tidak termasuk cukai tempatan tetapi termasuk tempahan yuran), kami akan memberikan kadar yang sama dan memberi anda pengurangan/ diskaun selanjutnya yang ditetapkan.

 

APLIKASI JAMINAN

Jaminan Harga Terbaik terpakai untuk tempahan Pakej Backpacker (Ekonomi), Pakej Flashpacker (Gold) dan Pakej Luxe (Platinum) yang dibuat di Internet atau di salah satu laman web Dhuha.my: www.dhuha.my, atau pada aplikasi mudah alih Dhuha.my nombor yang telah mendapat pengesahan yang telah dikeluarkan dari pihak Dhuha.my untuk tempahan.


SYARAT-SYARAT JUALAN

Pakej jualan yang dijumpai dengan kadar terendah di laman Internet lain mestilah sama dengan jualan pakej yang ditempah di laman web Dhuha.my atau aplikasi mudah alih lain agar Jaminan Harga Terbaik dapat digunakan.

PENGENDALIAN TUNTUTAN

Selepas pengesahan dibuat oleh jabatan perkhidmatan pelanggan, Jaminan Harga Terbaik akan diberikan jika tuntutan anda memenuhi semua syarat permohonan. Jabatan perkhidmatan pelanggan akan menghantar e-mel dengan nombor pengesahan tempahan serta kadar baru yang dikenakan. Sekiranya tuntutan itu tidak memenuhi syarat-syarat Jaminan Harga Terbaik dari Dhuha.my, jabatan perkhidmatan pelanggan akan menghantar e-mel yang menyatakan bahawa Jaminan tidak boleh digunakan. Sekiranya anda ingin membatalkan tempahan yang dibuat di laman web Dhuha.my, syarat-syarat jualan yang boleh digunakan adalah yang dinyatakan dalam keadaan jualan yang ditunjukkan di laman web ini.

LIABILITI

Dhuha.my menolak apa-apa tanggungjawab mengenai apa-apa perbelanjaan yang mungkin timbul daripada membatalkan tempahan, untuk semua tempahan yang dibuat di mana-mana laman Internet selain daripada mana-mana laman web Dhuha.my. Dhuha.my berhak untuk mengubah atau menamatkan Jaminan Harga Terbaik mengikut terma dan syarat Jaminan ini pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu. Jika kadar yang dijumpai di laman Internet lain diberikan dalam mata wang yang berbeza dari harga yang ditempah di laman web Dhuha.my, jabatan perkhidmatan pelanggan Dhuha.my akan menukar kadar ini ke mata wang yang sama seperti kadar yang ditawarkan di Laman web Dhuha.my Kadar pertukaran yang digunakan akan menjadi kadar tukaran yang berlaku pada laman web Dhuha.my pada masa tempahan awal. Dhuha.my berhak untuk menolak tuntutan, jika kadar pertukaran yang digunakan oleh kedua-dua laman web adalah berbeza. Perbezaan dalam kadar tukaran mata wang adalah dikecualikan daripada tawaran tersebut.

Terma & Syarat Servis Pintu-ke-Pintu

  • Hanya sah di dalam Malaysia sahaja. (sila semak dengan kami.)
  • Tidak sah digunakan jika anda berada diluar kawasan. (Felda dan lain-lain.)
  • Dhuha.my (Doodle Trip Sdn Bhd) tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan dokumen semasa dalam transit

Terma & Syarat Kursus Umrah Percuma

  • Hanya sah di dalam Malaysia sahaja. (sila semak dengan kami.)
  • Tidak sah digunakan jika anda berada diluar kawasan. (Felda dan lain-lain.)

1  Tempahan dan Deposit

Bayaran penuh hendaklah dibuat 60 hari sebelum berangkat. Kegagalan menjejaskan bayaran mengikut ketetapan menyebabkan tempahan dibatalkan dan deposit tidak akan dipulangkan.

 

  1. Pembatalan

Peserta hendaklah memohon secara bertulis untuk pembatalan penyertaan bagi mengelakkan salah faham. Pembatalan yang dibuat dalam tempoh dibawah dari tarikh berlepas, bayaran setiap peserta adalah sebagaimana jadual berikut :

Tempoh PembatalanBayaran 
Lebih 60 hariRM50
Antara 31-60 hariDeposit
Antara 15-30 hari60% dari harga pakej
Kurang dari 15 hari berlepas100% dari harga pakej

 

  • Urusan pemulangan wang atau ‘refund’ mengambil masa 60 hari bekerja serta bergantung kepada pemulangan pihak berkenaan.
  • Pembayaran refund akan dibuat melalui cek/bank transfer syarikat di atas nama Jemaah.
  • Setiap pembayaran hendaklah dilakukan di antara 25hb – 30hb setiap bulan. (jika terdapat kesulitan dalam pembayaran sila rujuk pada pihak Dhuha.my)
  • Setiap pembayaran hendaklah dibuat ke akaun Maybank Doodle Trip Sdn. Bhd. (5641-7350-7228)

 

3. Bagi Ezypay Scheme Maybank, terdapat caj satu kali yuran pemprosesan oleh pihak bank seperti dibawah:

Plan

Caj

Min Amaun (RM)

Max Amaun (RM)

6 bulan

3%

500

50,000

12 bulan

4%

1,000

50,000

18 bulan

5%

1,500

50,000

24 bulan

6%

2,000

50,000

4. Ezypay Scheme Maybank hanyalah untuk pelanggan kad kredit Maybank sahaja.

5. Ezypay Scheme Maybank adalah 0% interest.